Servlet vs JSP – Teknologi yang Diperlukan dalam Pembangunan Web Interaktif


Teknologi Servlet dan JSP telah menjadi satu teknologi pilihan dalam membangunkan Aplikasi Web yang interaktif seperti Sistem Kedai Atas Talian, Sistem Pengurusan Pelancongan Atas Talian, Sistem Bank Atas Talian dsb. Fakta yang menarik untuk dikongsi bersama, Google, AOL, eBay, YouTube dan pelbagai agensi / organisasi antarabangsa yang penting, kebanyakkannya menggunakan teknologi Servlet dan JSP dalam menjalankan sistem aplikasi web tersebut.

Servlet

Servlet merupakan aplikasi Java yang berfungsi melalui laman sesawang (Web Browser) atau aplikasi pelayan (server) dan bertindak sebagai pengantara antara permintaan (request) yang datang dari laman sesawang / teknologi HTTP / pangkalan data / aplikasi di dalam pelayan HTTP. Dalam erti kata lain, tugas Servlet adalah memproses data yang datang dari klien (laman sesawang) atau teknologi HTTP, dan bertindak secara dinamik (response) kepada klien mengikut fungsi atau keperluan yang telah ditentukan.

Data yang dimasukkan dari pengguna dari laman sesawang, interaksi sesama permintaan (request), pengurusan objek cookies dan session dan interaksi dengan komponen pangkalan data merupakan data / logik yang boleh diuruskan oleh Servlet.

JSP (JavaServer Pages)

JSP adalah teknologi yang mengandungi elemen HTML di dalamnya. Fail JSP selalunya diakhiri dengan tiga aksara iaitu .jsp (extension). Jika pengaturcara Java ingin menggunakan peraturan bahasa XML (eXtension Markup Language), maka fail JSP tersebut perlu mengenalpasti URL bahasa identiti (namaspace) yang hendak digunakan. Selalunya fail JSP tersebut diakhiri dengan 4 aksara iaitu (.jspx). Aksara x pada penghujung fail tersebut menunjukkan bahasa XML.

JSP memudahkan pereka bentuk laman sesawang (Web Designer) dalam memfokuskan rekabentuk, sususan dan reka letak dalam sesebuah laman sesawang tanpa memikirkan logik atau algoritma yang kompleks. Kadangkala penggunaan CSS (Cascading Style Sheet), Javascript, Flash / GIF animator dsb pada sesebuah laman sesawang memerlukan ruang yang bebas dalam kod aturcara. Oleh yang demikian, JSP membenarkan anda bebas menggunakan perkakasan tersebut (CSS, JavaScript dsb) dan kebanyakkan perisian mudah-edit laman sesawang seperti Macromedia Dreamweaver, HTML Editor dsb menyokong bahasa JSP.

Servlet vs JSP

Teknologi Servlet dan JSP boleh diimplementasikan dalam pendekatan kerangka (framework) tertentu seperti kaedah Model-View-Controller (MVC). Kaedah tersebut membolehkan komponen JavaBean digunakan dalam fail JSP hanya untuk mengawal output(View) dari komponen Bean(Model dan Controller). Oleh itu, tidak dapat dinafikan teknologi Servlet dan JSP saling melengkapi antara satu sama lain supaya pembangunan laman sesawang interaktif lebih dinamik dan efisien.


Rujukan

http://firdaus-harun.com/

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 IT Course
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere